Saturday 10 July 2010

LAWATAN KERJA KE SEKOLAH VOKASIONAL SULTAN BOLKIAH SERIA, KUALA BELAIT.




Pada 6hb Julai 2010, Bahagian Kaunseling dan Kerjaya, Jabatan Sekolah-Sekolah, Bahagian Rendah, Kementerian Pendidikan, telah mengadakan satu Lawatan Kerja bagi guru-guru bimbingan sekolah rendah Kawasan Brunei I,IIA & IIB ke Sekolah Vokasional Sultan Bolkiah, Seria, Kuala Belait.

Lawatan tersebut adalah salah satu program pendedahan kepada guru-guru bimbingan sekolah rendah seluruh negara dalam memberikan maklumat tentang jenis-jenis kursus yang ditawarkan serta syarat-syarat kemasukkan ke sekolah berkenaan dan maklumat tersebut akan dapat dijadikan bahan rujukan dan panduan serta motivasi yang berguna kepada pelajar-pelajar di sekolah masing-masing.