Monday 25 October 2010

CERAMAH MOTIVASI BAGI MURID-MURID TAHUN 3, 4, 5 & 6




























Pada 25hb Oktober 2010, bertempat di Dewan Anak Wira, Sekolah Rendah Pantai Berakas, Unit Bimbingan dan Kaunseling berkesempatan mengadakan ceramah motivasi bagi murid-murid Tahun 3, 4, 5 dan 6. Ceramah ini merupakan salah satu aktiviti tahunan yang dirancang oleh unit ini bagi meningkatkan kesedaran murid-murid tentang tanggungjawab mereka sebagai seorang pelajar disamping untuk memberikan mereka semangat dan galakan untuk belajar bersungguh-sungguh dan menjadi pelajar yang berprinsip.



Monday 11 October 2010

TAKLIMAT MOTIVASI MURID-MURID PSR 2010












Guru Kaunseling sedang menyampaikan taklimat

kepada murid-murid Tahun 6


Murid-murid Tahun 6 sedang mendengar taklimat yang

disampaikan oleh Guru Kaunseling














Pada 23hb September 2010, bertempat di Dewan Anak Wira, Sekolah Rendah Pantai Berakas, Unit Bimbingan dan Kaunseling mengambil kesempatan untuk memberikan satu sessi Taklimat Motivasi kepada murid-murid tahun 6 yang bakal menghadapi peperiksaan PSR mereka pada tahun ini. Tujuan sessi ini dijalankan ialah bagi memberikan motivasi dan sokongan moral kepada murid-murid di samping memberikan tips-tips mengulangkaji pelajaran bagi persiapan akhir menjelang tiba hari peperiksaan.

TAKLIMAT MOTIVASI IBUBAPA PSR 2010









Pada 7hb Ogos 2010, Hari Sabtu, bertempat di Dewan Anak Wira, Sekolah Rendah Pantai Berakas telah mengadakan satu Taklimat Motivasi Ibubapa PSR 2010. Pada hari ini juga, Unit Bimbingan dan Kaunseling, Sekolah Rendah Pantai Berakas turut mengambil peluang ini untuk menyampaikan satu sessi Taklimat Motivasi untuk ibubapa murid-murid Tahun 6 yang akan menduduki PSR pada tahun ini. Di antara objektif Taklimat Motivasi ini diadakan ialah untuk memberikan kesedaran betapa pentingnya peranan ibubapa di dalam memberi sokongan dan semangat kepada anak-anak mereka di samping membantu anak-anak mereka di dalam membuat persediaan untuk menghadapi peperiksaan yang akan menjelang.