Sunday 7 November 2010

LAWATAN HAKIM KE BILIK KAUNSELING SEKOLAH RENDAH PANTAI BERAKAS

Pada 1hb November 2010, kira-kira jam 10 pagi, beberapa orang jemaah hakim dari Bahagian Kaunseling dan Kerjaya, Jabatan sekolah-sekolah Rendah, Kementerian Pendidikan telah datang melawat ke bilik kaunseling Sekolah Rendah Pantai Berakas bagi menghakimkan "Bilik Kaunseling" sekolah ini yang telah terpilih masuk ke peringkat akhir "Pertandingan Bilik-bilik Kaunseling bagi Sekolah-sekolah Rendah Senegara". Pertandingan ini merupakan salah satu daripada aktiviti tahunan dari Bahagian Kaunseling dan Kerjaya, Jabatan Sekolah-Sekolah Rendah, Kementeriaan Pendidikan. Lawatan para hakim-hakim ini adalah susulan daripada lawatan pertama mereka pada bulan Julai yang lalu yang mana bilik kaunseling SRPB telah terpilih sebagai salah sebuah daripada 10 buah bilik kaunseling yang masuk ke peringkat akhir. Sebelum ini sebanyak 29 buah sekolah telah menyertai pertandingan ini. Lawatan kedua para hakim-hakim ini adalah bagi mencari 5 buah bilik kaunseling yang terbaik ( Top 5 ) dari 10 buah bilik kaunseling yang telah terpilih.