Sunday 30 May 2010

CERAMAH MOTIVASI GURU-GURU SEKOLAH RENDAH PANTAI BERAKAS, ABDB, BR II A.

Guru Bimbingan memulakan sesi ceramah dengan memperkenalkan penceramah undangan pada petang itu.

Di antara guru-guru yang menghadiri pada petang itu.













Cikgu Ali Yusri Bin Abdul Ghafor, Pegawai Kaunseling dari Bahagian Kaunseling Dan Kerjaya, Jabatan sekolah-sekolah, Kementerian Pendidikan sedang menyampaikan ceramah motivasi.








Guru Besar, Sekolah Rendah Pantai Berakas, Cikgu Hjh.Ismah Binti Abd.Rahim, menyampaikan cenderahati kepada penceramah undangan, Cikgu Ali Yusri Bin Abdul Ghafor.




Pada 18hb Februari 2010, bertempat di Bilik Muzakarah, SRPB, jam 2.00 petang telah diadakan satu sesi ceramah motivasi bagi guru-guru Sekolah Rendah Pantai Berakas. Seorang penceramah dari Bahagian Kaunseling Dan Kerjaya, Jabatan Sekolah-sekolah, Kementerian Pendidikan telah diundang untuk menyampaikan ceramah ini.

Wednesday 26 May 2010

TAKLIMAT TENTANG PERANAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH.

Sesi taklimat bertempat di Bilik ICT Sekolah Rendah Pantai Berakas.

Guru Bimbingan memperkenalkan penceramah undangan.


Cikgu Pg.Haji Mohd. Yassin Bin Pg. Haji Mahmud, Pegawai Kaunseling dari Bahagian Kaunseling dan Kerjaya, Jabatan sekolah-sekolah, Kementerian Pendidikan.













Di antara guru-guru yang hadir mendengarkan taklimat ini.








Penolong Guru Besar Cikgu Norini Binti Haji Kadir menyampaikan cenderahati kepada Pegawai Kaunseling Pg. Hj.Mohd Yassin Bin Pg.Hj.Mahmud.






Pada 26hb Januari 2010, Unit Bimbingan Dan Kaunseling telah mengadakan satu sesi perkembangan Staff bagi guru-guru Sekolah Rendah Pantai Berakas tentang "Peranan Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling Di Sekolah-Sekolah Rendah di Negara Brunei Darussalam. Seorang Pegawai Kaunseling dari Unit Bimbingan Kaunseling Dan Kerjaya , Jabatan Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan telah dijemput bagi menyampaikan taklimat tersebut.

Thursday 20 May 2010

CERAMAH MOTIVASI PSR MURID-MURID TAHUN 6

Guru Bimbingan memperkenalkan penceramah undangan yang akan menyampaikan ceramah motivasi kepada murid-murid tahun 6.

(Dari Kanan) Penceramah undangan yang juga adalah Pegawai Kaunseling dari Unit Kaunseling dan Kerjaya, Jabatan Sekolah-sekolah, Kementerian Pendidikan. (Dari Kiri) Cikgu Norini Binti Haji Kadir, Penolong Guru Besar, Sekolah Rendah Pantai Berakas.








Penceramah Undangan dari Unit Bimbingan Kaunseling Dan Kerjaya, Jabatan Sekolah-sekolah, Kementerian Pendidikan, Cikgu Hajah Roslin Binti PDIS DSLJ Haji Johari.





Cikgu Hjh.Roslin menyampaikan ceramah motivasi kepada murid-murid yang akan menghadapi peperiksaan PSR.










Murid-murid mendengar dengan penuh perhatian terhadap ceramah yang disampaikan.








Bagi meningkatkan prestasi pembelajaran murid-murid Tahun 6 yang akan menduduki Peperiksaan PSR, Unit Bimbingan Dan Kaunseling SRPB telah mengadakan satu ceramah motivasi bagi murid-murid Tahun 6. Diharapkan dengan adanya ceramah ini ianya akan dapat memberikan murid-murid kesedaran dan motivasi untuk membuat persediaan menjelang hari peperiksaan.


LAWATAN KE PENJARA JERUDONG


Taklimat disampaikan oleh Sarjan 265, Awang Roslan Bin Dambong.

Demonstrasi hukuman sebatan.



Sarjan Roslan menerangkan bentuk dan rupa kayu sebatan yang digunakan untuk hukuman sebatan.


Salah seorang daripada murid-murid diberikan kesempatan untuk membuat demonstrasi "sebat".
Menandatangani buku lawatan di Galeri Penjara Jerudong.
Penyampaian cenderahati dari pihak Sekolah Rendah Pantai Berakas kepada pegawai penjara yang memberikan taklimat.
Bergambar ramai bersama murid-murid Tahun 5 dan guru-guru yang terlibat dalam lawatan ini.
Di antara usaha Unit Bimbingan dan Kaunseling, Sekolah Rendah Pantai Berakas bagi meningkatkan kesedaran murid-murid tentang pentingnya mematuhi undang-undang negara dan menjauhkan diri daripada terlibat dengan gejala-gejala yang tidak sihat dan menyalahi undang-undang negara seperti penyalahgunaan dadah dan jenayah-jenayah lain ialah dengan mengadakan lawatan ke Penjara Jerudong. Ianya sekaligus dapat membuka minda murid-murid tentang hukuman-hukuman bagi setiap jenayah yang dilakukan dan berusaha untuk tidak terjebak ke dalam kancah ini.

Sunday 16 May 2010

LAWATAN KE PUSAT PROMOSI KESIHATAN





















Unit Bimbingan Dan Kaunseling Sekolah Rendah Pantai Berakas juga mengadakan Lawatan ke Pusat Mempromosi Kesihatan dengan tujuan untuk memberikan pendedahan dan kesedaran akan pentingnya menjaga kesihatan diri dengan mengamalkan gaya hidup sihat dengan menjauhkan diri dari gejala kurang sihat seperti merokok, penyalahgunaan dadah dan bahan-bahan inhalan.