Sunday 31 July 2011

Klinik PSR BR II A 2011
















Pada 28hb Julai 2011, di Dewan Sekolah Rendah Berakas Garison telah diadakan Klinik PSR bagi murid-murid tahun 6. Program ini ialah bagi melengkapkan murid-murid dengan persediaan-persediaan bagi menghadapi Peperiksaan PSR nanti.

Keputusan Pertandingan Bilik Kaunseling 2010 - 2011

Pada 8hb Julai 2011 yang lalu, satu majlis penyampaian hadiah bagi Pertandingan Bilik Kaunseling untuk tahun 2010-2011 telah diadakan di Dewan Pusat Tingkatan Enam, Gadong. Ianya adalah susulan bagi pertandingan bilik kaunseling tahun lalu bagi memilih lima yang terbaik dari sepuluh buah bilik kaunseling yang telah terpilih pada tahun lalu. Keputusannya ialah seperti berikut:
Tempat Pertama: Sekolah Rendah Kapok
Tempat Kedua: Sekolah Rendah Rimba II
Tempat Ketiga: Sekolah Rendah Bukit Beruang, Tutong
Tempat Keempat: Sekolah Rendah Dato Marsal
Tempat Kelima: Sekolah Rendah Sahibul Bandar.