Sunday 4 March 2012

Taklimat Pendidikan Kerjaya

Pada 25hb Februari 2012, bertempat di Sekolah Rendah Lambak Kanan Jalan 49, telah diadakan Taklimat Pendidikan Kerjaya bagi Kaunselor dan Guru-Guru Bimbingan Sekolah-Sekolah Rendah.













Sunday 5 February 2012

Program Terapi E-JRA-H

Pada 16hb Januari 2012, di Sekolah Menengah Rimba II, telah diadakan perjumpaan bagi guru-guru bimbingan dan kaunselor-kaunselor Sekolah-sekolah Rendah dan Menengah. Ianya adalah bagi memperkenalkan tentang Program E-JRA-H yang akan dijalankan oleh Bahagian Kaunseling dan Bakat Kerja, Jabatan Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan. Di dalam program ini nanti, semua guru-guru bimbingan dan kaunselor-kaunselor di setiap sekolah di seluruh negara akan terlibat.









Rakaman Rancangan "Go Go Future".

Pada 16hb Januari 2012, beberapa orang guru-guru bimbingan & kaunselor-kaunselor telah merakamkan suara-suara mereka untuk rancangan "Go Go Future"  untuk beberapa buah stesen radio di Negara Brunei Darussalam bagi memberikan maklumat dan teknik-teknik belajar yang berkesan bagi setiap mata pelajaran di Sekolah-Sekolah Rendah dan Menengah. 





Thursday 26 January 2012

Mesyuarat AJK Guru-Guru Bimbingan Brunei IIA 2011






Jerayawara Bahagian Kaunseling & Kerjaya Bagi Guru-Guru Bimbingan Senegara Tahun 2012












Pada 9hb Januari 2012, bertempat di Dewan Sekolah Rendah Rimba 2 telah diadakan Jerayawara dari Bahagian Kaunseling & Kerjaya, Jabatan Sekolah-Sekolah Rendah bagi guru-guru bimbingan senegara. Di dalam perjumpaan ini, Pemangku Pengarah Bahagian Kaunseling & Kerjaya Cikgu Haji Ali Yusri Bin Ghafor dan beberapa orang lagi pegawai-pegawai kaunseling telah menerangkan beberapa perkara yang berkaitan dengan aktiviti-aktiviti sepanjang tahun 2012 yang akan dilaksanakan.