Tuesday 6 December 2011

Perjumpaan AJK Tertinggi Guru-Guru Bimbingan Brunei IIA




Pada 21hb November 2011, Bertempat di Bangunan Ong Sum Peng, Bahagian Kaunseling & Kerjaya, Jabatan Sekolah-Sekolah , Kementerian Pendidikan, telah diadakan perjumpaan AJK Tertinggi Guru-guru bimbingan , Sekolah-Sekolah Rendah senegara. Perjumpaan ini ialah bagi mengongsikan bersama aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan pada tahun 2012 dan persediaan-persediaan yang perlu dilakukan. Di perjumpaan ini juga setiap kawasan telah melaporkan aktiviti-aktiviti yang telah dapat dilaksanakan di sepanjang tahun 2011.




Thursday 24 November 2011

Perjumpaan Kaunselor & Guru Bimbingan & Bhg kaunseling & kerjaya serta pegawai2 dari bhg pendidikan rendah.









Pada 17hb November 2011, bertempat di Dewan Sekolah Rendah Rimba II, telah diadakan Perjumpaan bagi Kaunselor & Guru Bimbingan & Bahagian Kaunseling & Kerjaya serta pegawai2 dari bhg pendidikan rendah. Tujuan perjumpaan ini adalah bagi melengkapkan setiap diri guru bimbingan di sekolah-sekolah rendah seluruh negara dengan kemahiran serta info-info yang berguna bagi menangani setiap masalah yang akan mendatang.

Saturday 24 September 2011

Titah Sempena Sambutan Hari Guru Yg Ke 21 Negara Brunei Darussalam.















Pada 24hb September 2011, Sambutan Hari Guru Yang Ke 21 telah diadakan di Pusat Persidangan Antarabangsa Negara Brunei Darussalam. Tema Sambutan Hari Guru Pada Tahun ini ialah "Guru Membentuk Syakhsiah Bangsa ".


Sunday 31 July 2011

Klinik PSR BR II A 2011
















Pada 28hb Julai 2011, di Dewan Sekolah Rendah Berakas Garison telah diadakan Klinik PSR bagi murid-murid tahun 6. Program ini ialah bagi melengkapkan murid-murid dengan persediaan-persediaan bagi menghadapi Peperiksaan PSR nanti.

Keputusan Pertandingan Bilik Kaunseling 2010 - 2011

Pada 8hb Julai 2011 yang lalu, satu majlis penyampaian hadiah bagi Pertandingan Bilik Kaunseling untuk tahun 2010-2011 telah diadakan di Dewan Pusat Tingkatan Enam, Gadong. Ianya adalah susulan bagi pertandingan bilik kaunseling tahun lalu bagi memilih lima yang terbaik dari sepuluh buah bilik kaunseling yang telah terpilih pada tahun lalu. Keputusannya ialah seperti berikut:
Tempat Pertama: Sekolah Rendah Kapok
Tempat Kedua: Sekolah Rendah Rimba II
Tempat Ketiga: Sekolah Rendah Bukit Beruang, Tutong
Tempat Keempat: Sekolah Rendah Dato Marsal
Tempat Kelima: Sekolah Rendah Sahibul Bandar.