Showing posts with label LAWATAN SAMBIL BELAJAR. Show all posts
Showing posts with label LAWATAN SAMBIL BELAJAR. Show all posts

Thursday, 20 May 2010

LAWATAN KE PENJARA JERUDONG


Taklimat disampaikan oleh Sarjan 265, Awang Roslan Bin Dambong.

Demonstrasi hukuman sebatan.



Sarjan Roslan menerangkan bentuk dan rupa kayu sebatan yang digunakan untuk hukuman sebatan.


Salah seorang daripada murid-murid diberikan kesempatan untuk membuat demonstrasi "sebat".
Menandatangani buku lawatan di Galeri Penjara Jerudong.
Penyampaian cenderahati dari pihak Sekolah Rendah Pantai Berakas kepada pegawai penjara yang memberikan taklimat.
Bergambar ramai bersama murid-murid Tahun 5 dan guru-guru yang terlibat dalam lawatan ini.
Di antara usaha Unit Bimbingan dan Kaunseling, Sekolah Rendah Pantai Berakas bagi meningkatkan kesedaran murid-murid tentang pentingnya mematuhi undang-undang negara dan menjauhkan diri daripada terlibat dengan gejala-gejala yang tidak sihat dan menyalahi undang-undang negara seperti penyalahgunaan dadah dan jenayah-jenayah lain ialah dengan mengadakan lawatan ke Penjara Jerudong. Ianya sekaligus dapat membuka minda murid-murid tentang hukuman-hukuman bagi setiap jenayah yang dilakukan dan berusaha untuk tidak terjebak ke dalam kancah ini.

Sunday, 16 May 2010

LAWATAN KE PUSAT PROMOSI KESIHATAN





















Unit Bimbingan Dan Kaunseling Sekolah Rendah Pantai Berakas juga mengadakan Lawatan ke Pusat Mempromosi Kesihatan dengan tujuan untuk memberikan pendedahan dan kesedaran akan pentingnya menjaga kesihatan diri dengan mengamalkan gaya hidup sihat dengan menjauhkan diri dari gejala kurang sihat seperti merokok, penyalahgunaan dadah dan bahan-bahan inhalan.

LAWATAN KE IBU PEJABAT POLIS GADONG












Di antara aktiviti yang telah dijalankan oleh Unit Bimbingan Dan Kaunseling Sekolah Rendah Pantai Berakas bagi memberi kesedaran kepada murid-murid tentang kesalahan jenayah dan mematuhi undang-undang negara ialah dengan mengadakan lawatan ke Ibu Pejabat Polis Gadong. Lawatan ke Pejabat Polis ini juga merupakan pendedahan kerjaya bagi murid-murid yang mungkin masih kabur dengan pilihan kerjaya mereka.