Pada 25hb Oktober 2010, bertempat di Dewan Anak Wira, Sekolah Rendah Pantai Berakas, Unit Bimbingan dan Kaunseling berkesempatan mengadakan ceramah motivasi bagi murid-murid Tahun 3, 4, 5 dan 6. Ceramah ini merupakan salah satu aktiviti tahunan yang dirancang oleh unit ini bagi meningkatkan kesedaran murid-murid tentang tanggungjawab mereka sebagai seorang pelajar disamping untuk memberikan mereka semangat dan galakan untuk belajar bersungguh-sungguh dan menjadi pelajar yang berprinsip.
Monday, 25 October 2010
Monday, 11 October 2010
TAKLIMAT MOTIVASI MURID-MURID PSR 2010
kepada murid-murid Tahun 6



disampaikan oleh Guru Kaunseling
Pada 23hb September 2010, bertempat di Dewan Anak Wira, Sekolah Rendah Pantai Berakas, Unit Bimbingan dan Kaunseling mengambil kesempatan untuk memberikan satu sessi Taklimat Motivasi kepada murid-murid tahun 6 yang bakal menghadapi peperiksaan PSR mereka pada tahun ini. Tujuan sessi ini dijalankan ialah bagi memberikan motivasi dan sokongan moral kepada murid-murid di samping memberikan tips-tips mengulangkaji pelajaran bagi persiapan akhir menjelang tiba hari peperiksaan.
TAKLIMAT MOTIVASI IBUBAPA PSR 2010








Pada 7hb Ogos 2010, Hari Sabtu, bertempat di Dewan Anak Wira, Sekolah Rendah Pantai Berakas telah mengadakan satu Taklimat Motivasi Ibubapa PSR 2010. Pada hari ini juga, Unit Bimbingan dan Kaunseling, Sekolah Rendah Pantai Berakas turut mengambil peluang ini untuk menyampaikan satu sessi Taklimat Motivasi untuk ibubapa murid-murid Tahun 6 yang akan menduduki PSR pada tahun ini. Di antara objektif Taklimat Motivasi ini diadakan ialah untuk memberikan kesedaran betapa pentingnya peranan ibubapa di dalam memberi sokongan dan semangat kepada anak-anak mereka di samping membantu anak-anak mereka di dalam membuat persediaan untuk menghadapi peperiksaan yang akan menjelang.
Saturday, 10 July 2010
LAWATAN KERJA KE SEKOLAH VOKASIONAL SULTAN BOLKIAH SERIA, KUALA BELAIT.
Pada 6hb Julai 2010, Bahagian Kaunseling dan Kerjaya, Jabatan Sekolah-Sekolah, Bahagian Rendah, Kementerian Pendidikan, telah mengadakan satu Lawatan Kerja bagi guru-guru bimbingan sekolah rendah Kawasan Brunei I,IIA & IIB ke Sekolah Vokasional Sultan Bolkiah, Seria, Kuala Belait.
Lawatan tersebut adalah salah satu program pendedahan kepada guru-guru bimbingan sekolah rendah seluruh negara dalam memberikan maklumat tentang jenis-jenis kursus yang ditawarkan serta syarat-syarat kemasukkan ke sekolah berkenaan dan maklumat tersebut akan dapat dijadikan bahan rujukan dan panduan serta motivasi yang berguna kepada pelajar-pelajar di sekolah masing-masing.
Saturday, 5 June 2010
CERAMAH MOTIVASI PERSEDIAAN UNTUK PSR MURID-MURID TAHUN 6
Guru Bimbingan menerangkan kepada murid-murid tahun 6 tentang cara-cara untuk mengisi borang ujian inventori.
Cikgu Dk.Masdinah mengedarkan borang-borang inventori kepada murid-murid tahun 6.





Borang ujian Inventori persediaan menghadapi peperiksaan.



Guru Bimbingan membantu menerangkan kepada murid-murid yang kurang faham dengan soalan-soalan di dalam borang ujian inventori.
Guru bimbingan meminta murid-murid yang sudah selesai menjumlahkan markah dapatan mereka untuk meletakkan borang-borang mereka ke dalam kotak mengikut markah yang telah diperolehi.
Murid-murid tahun 6 meletakkan borang ujian inventori masing-masing ke dalam kotak yang telah disediakan mengikut markah masing-masing.
Guru bimbingan menerangkan tahap persediaan murid-murid mengikut hasil dapatan markah masing-masing.
Guru bimbingan sekaligus menerangkan teknik belajar yang berkesan kepada murid-murid tahun 6.
Cikgu Dk.Masdinah (Dari Kiri) dan Cikgu Hjh.Maimunah (Dari Kanan)- Guru-guru tahun 6.
Murid-murid mendengar dengan penuh perhatianPada 22hb Mei 2010, Unit Bimbingan Dan Kaunseling, Sekolah Rendah Pantai Berakas telah mengadakan satu sesi ceramah motivasi "Persediaan Untuk PSR" bagi murid-murid tahun 6. Di dalam sesi ini, guru bimbingan telah mengongsikan tentang teknik belajar yang berkesan sekaligus melaksanakan satu ujian inventori bagi murid-murid tahun 6. Tujuan ujian inventori ini ialah untuk mengetahui setakat mana persediaan murid-murid tahun 6 bagi menghadapi peperiksaan PSR yang akan menjelang tiba.
Subscribe to:
Posts (Atom)

