Pada 9hb Mac 2011, bertempat di Dewan Sekolah Rendah Dato Marsal telah dilaksanakan program Semi Kem Kepimpinan Bagi prefek-prefek Sekolah-Sekolah Rendah Kawasan Brunei II A. Sebanyak 10 buah sekolah menyertainya dan seramai 60 orang prefek-prefek mewakili sekolah masing-masing mengikuti Semi Kem ini.
Saturday, 26 March 2011
Taklimat & Lantikan AJK Baru Bimbingan & Kaunseling BR II A
Taklimat & Perjumpaan AJK Bimbingan & Kaunseling Sekolah-Sekolah Rendah Kawasan BRII A
Pada 1hb February 2011, telah diadakan taklimat & perjumpaan bagi AJK Baru Bimbingan & Kaunseling Sekolah-Sekolah Rendah Kawasan BR II A ,bertempat di Ong Sum Peng,JSS, Kementerian Pendidikan. Tujuan bagi perjumpaan ini ialah bagi membincangkan aktiviti-aktiviti yg akan dijlnkan sepanjang tahun 2011.
Tuesday, 11 January 2011
Jerayawara Perkhidmatan Bimbingan Sekolah Bagi Sekolah- Sekolah Rendah Seluruh Negara 2011
Pada 8hb Januari 2011 bertempat di Dewan Sekolah Rendah Rimba 2 telah diadakan Jerayawara Perkhidmatan Bimbingan Sekolah Anjuran Bahagian Kaunseling & Kerjaya Bagi Sekolah-Sekolah Rendah seluruh negara. Beberapa orang Pegawai Kaunseling dari BKK Jabatan Sekolah -Sekolah Rendah telah menerangkan tentang aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan sepanjang tahun 2011 ini nanti.
Sunday, 7 November 2010
LAWATAN HAKIM KE BILIK KAUNSELING SEKOLAH RENDAH PANTAI BERAKAS
Pada 1hb November 2010, kira-kira jam 10 pagi, beberapa orang jemaah hakim dari Bahagian Kaunseling dan Kerjaya, Jabatan sekolah-sekolah Rendah, Kementerian Pendidikan telah datang melawat ke bilik kaunseling Sekolah Rendah Pantai Berakas bagi menghakimkan "Bilik Kaunseling" sekolah ini yang telah terpilih masuk ke peringkat akhir "Pertandingan Bilik-bilik Kaunseling bagi Sekolah-sekolah Rendah Senegara". Pertandingan ini merupakan salah satu daripada aktiviti tahunan dari Bahagian Kaunseling dan Kerjaya, Jabatan Sekolah-Sekolah Rendah, Kementeriaan Pendidikan. Lawatan para hakim-hakim ini adalah susulan daripada lawatan pertama mereka pada bulan Julai yang lalu yang mana bilik kaunseling SRPB telah terpilih sebagai salah sebuah daripada 10 buah bilik kaunseling yang masuk ke peringkat akhir. Sebelum ini sebanyak 29 buah sekolah telah menyertai pertandingan ini. Lawatan kedua para hakim-hakim ini adalah bagi mencari 5 buah bilik kaunseling yang terbaik ( Top 5 ) dari 10 buah bilik kaunseling yang telah terpilih.
Subscribe to:
Posts (Atom)