Thursday, 21 February 2013
Taklimat Kem Motivasi PSR
Pada 29hb Februari 2012, telah diadakan Taklimat Kem Motivasi PSR di Sekolah Rendah Jerudong, Brunei IV.
Sunday, 4 March 2012
Taklimat Pendidikan Kerjaya
Pada 25hb Februari 2012, bertempat di Sekolah Rendah Lambak Kanan Jalan 49, telah diadakan Taklimat Pendidikan Kerjaya bagi Kaunselor dan Guru-Guru Bimbingan Sekolah-Sekolah Rendah.
Sunday, 5 February 2012
Program Terapi E-JRA-H
Pada 16hb Januari 2012, di Sekolah Menengah Rimba II, telah diadakan perjumpaan bagi guru-guru bimbingan dan kaunselor-kaunselor Sekolah-sekolah Rendah dan Menengah. Ianya adalah bagi memperkenalkan tentang Program E-JRA-H yang akan dijalankan oleh Bahagian Kaunseling dan Bakat Kerja, Jabatan Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan. Di dalam program ini nanti, semua guru-guru bimbingan dan kaunselor-kaunselor di setiap sekolah di seluruh negara akan terlibat.
Labels:
AKTIVITI-AKTIVITI
Rakaman Rancangan "Go Go Future".
Pada 16hb Januari 2012, beberapa orang guru-guru bimbingan & kaunselor-kaunselor telah merakamkan suara-suara mereka untuk rancangan "Go Go Future" untuk beberapa buah stesen radio di Negara Brunei Darussalam bagi memberikan maklumat dan teknik-teknik belajar yang berkesan bagi setiap mata pelajaran di Sekolah-Sekolah Rendah dan Menengah.
Labels:
AKTIVITI-AKTIVITI
Thursday, 26 January 2012
Jerayawara Bahagian Kaunseling & Kerjaya Bagi Guru-Guru Bimbingan Senegara Tahun 2012
Pada 9hb Januari 2012, bertempat di Dewan Sekolah Rendah Rimba 2 telah diadakan Jerayawara dari Bahagian Kaunseling & Kerjaya, Jabatan Sekolah-Sekolah Rendah bagi guru-guru bimbingan senegara. Di dalam perjumpaan ini, Pemangku Pengarah Bahagian Kaunseling & Kerjaya Cikgu Haji Ali Yusri Bin Ghafor dan beberapa orang lagi pegawai-pegawai kaunseling telah menerangkan beberapa perkara yang berkaitan dengan aktiviti-aktiviti sepanjang tahun 2012 yang akan dilaksanakan.
Tuesday, 6 December 2011
Perjumpaan AJK Tertinggi Guru-Guru Bimbingan Brunei IIA
Pada 21hb November 2011, Bertempat di Bangunan Ong Sum Peng, Bahagian Kaunseling & Kerjaya, Jabatan Sekolah-Sekolah , Kementerian Pendidikan, telah diadakan perjumpaan AJK Tertinggi Guru-guru bimbingan , Sekolah-Sekolah Rendah senegara. Perjumpaan ini ialah bagi mengongsikan bersama aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan pada tahun 2012 dan persediaan-persediaan yang perlu dilakukan. Di perjumpaan ini juga setiap kawasan telah melaporkan aktiviti-aktiviti yang telah dapat dilaksanakan di sepanjang tahun 2011.
Subscribe to:
Posts (Atom)