Saturday, 10 July 2010
LAWATAN KERJA KE SEKOLAH VOKASIONAL SULTAN BOLKIAH SERIA, KUALA BELAIT.
Pada 6hb Julai 2010, Bahagian Kaunseling dan Kerjaya, Jabatan Sekolah-Sekolah, Bahagian Rendah, Kementerian Pendidikan, telah mengadakan satu Lawatan Kerja bagi guru-guru bimbingan sekolah rendah Kawasan Brunei I,IIA & IIB ke Sekolah Vokasional Sultan Bolkiah, Seria, Kuala Belait.
Lawatan tersebut adalah salah satu program pendedahan kepada guru-guru bimbingan sekolah rendah seluruh negara dalam memberikan maklumat tentang jenis-jenis kursus yang ditawarkan serta syarat-syarat kemasukkan ke sekolah berkenaan dan maklumat tersebut akan dapat dijadikan bahan rujukan dan panduan serta motivasi yang berguna kepada pelajar-pelajar di sekolah masing-masing.
Saturday, 5 June 2010
CERAMAH MOTIVASI PERSEDIAAN UNTUK PSR MURID-MURID TAHUN 6
Guru Bimbingan menerangkan kepada murid-murid tahun 6 tentang cara-cara untuk mengisi borang ujian inventori.
Cikgu Dk.Masdinah mengedarkan borang-borang inventori kepada murid-murid tahun 6.





Borang ujian Inventori persediaan menghadapi peperiksaan.



Guru Bimbingan membantu menerangkan kepada murid-murid yang kurang faham dengan soalan-soalan di dalam borang ujian inventori.
Guru bimbingan meminta murid-murid yang sudah selesai menjumlahkan markah dapatan mereka untuk meletakkan borang-borang mereka ke dalam kotak mengikut markah yang telah diperolehi.
Murid-murid tahun 6 meletakkan borang ujian inventori masing-masing ke dalam kotak yang telah disediakan mengikut markah masing-masing.
Guru bimbingan menerangkan tahap persediaan murid-murid mengikut hasil dapatan markah masing-masing.
Guru bimbingan sekaligus menerangkan teknik belajar yang berkesan kepada murid-murid tahun 6.
Cikgu Dk.Masdinah (Dari Kiri) dan Cikgu Hjh.Maimunah (Dari Kanan)- Guru-guru tahun 6.
Murid-murid mendengar dengan penuh perhatianPada 22hb Mei 2010, Unit Bimbingan Dan Kaunseling, Sekolah Rendah Pantai Berakas telah mengadakan satu sesi ceramah motivasi "Persediaan Untuk PSR" bagi murid-murid tahun 6. Di dalam sesi ini, guru bimbingan telah mengongsikan tentang teknik belajar yang berkesan sekaligus melaksanakan satu ujian inventori bagi murid-murid tahun 6. Tujuan ujian inventori ini ialah untuk mengetahui setakat mana persediaan murid-murid tahun 6 bagi menghadapi peperiksaan PSR yang akan menjelang tiba.
Sunday, 30 May 2010
CERAMAH MOTIVASI GURU-GURU SEKOLAH RENDAH PANTAI BERAKAS, ABDB, BR II A.
Cikgu Ali Yusri Bin Abdul Ghafor, Pegawai Kaunseling dari Bahagian Kaunseling Dan Kerjaya, Jabatan sekolah-sekolah, Kementerian Pendidikan sedang menyampaikan ceramah motivasi.
Guru Besar, Sekolah Rendah Pantai Berakas, Cikgu Hjh.Ismah Binti Abd.Rahim, menyampaikan cenderahati kepada penceramah undangan, Cikgu Ali Yusri Bin Abdul Ghafor.

Pada 18hb Februari 2010, bertempat di Bilik Muzakarah, SRPB, jam 2.00 petang telah diadakan satu sesi ceramah motivasi bagi guru-guru Sekolah Rendah Pantai Berakas. Seorang penceramah dari Bahagian Kaunseling Dan Kerjaya, Jabatan Sekolah-sekolah, Kementerian Pendidikan telah diundang untuk menyampaikan ceramah ini.
Wednesday, 26 May 2010
TAKLIMAT TENTANG PERANAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH.
Cikgu Pg.Haji Mohd. Yassin Bin Pg. Haji Mahmud, Pegawai Kaunseling dari Bahagian Kaunseling dan Kerjaya, Jabatan sekolah-sekolah, Kementerian Pendidikan.
Di antara guru-guru yang hadir mendengarkan taklimat ini.


Penolong Guru Besar Cikgu Norini Binti Haji Kadir menyampaikan cenderahati kepada Pegawai Kaunseling Pg. Hj.Mohd Yassin Bin Pg.Hj.Mahmud.


Pada 26hb Januari 2010, Unit Bimbingan Dan Kaunseling telah mengadakan satu sesi perkembangan Staff bagi guru-guru Sekolah Rendah Pantai Berakas tentang "Peranan Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling Di Sekolah-Sekolah Rendah di Negara Brunei Darussalam. Seorang Pegawai Kaunseling dari Unit Bimbingan Kaunseling Dan Kerjaya , Jabatan Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan telah dijemput bagi menyampaikan taklimat tersebut.
Thursday, 20 May 2010
CERAMAH MOTIVASI PSR MURID-MURID TAHUN 6
Cikgu Hjh.Roslin menyampaikan ceramah motivasi kepada murid-murid yang akan menghadapi peperiksaan PSR.
Bagi meningkatkan prestasi pembelajaran murid-murid Tahun 6 yang akan menduduki Peperiksaan PSR, Unit Bimbingan Dan Kaunseling SRPB telah mengadakan satu ceramah motivasi bagi murid-murid Tahun 6. Diharapkan dengan adanya ceramah ini ianya akan dapat memberikan murid-murid kesedaran dan motivasi untuk membuat persediaan menjelang hari peperiksaan.
Subscribe to:
Posts (Atom)

