Sunday 5 February 2012

Program Terapi E-JRA-H

Pada 16hb Januari 2012, di Sekolah Menengah Rimba II, telah diadakan perjumpaan bagi guru-guru bimbingan dan kaunselor-kaunselor Sekolah-sekolah Rendah dan Menengah. Ianya adalah bagi memperkenalkan tentang Program E-JRA-H yang akan dijalankan oleh Bahagian Kaunseling dan Bakat Kerja, Jabatan Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan. Di dalam program ini nanti, semua guru-guru bimbingan dan kaunselor-kaunselor di setiap sekolah di seluruh negara akan terlibat.









Rakaman Rancangan "Go Go Future".

Pada 16hb Januari 2012, beberapa orang guru-guru bimbingan & kaunselor-kaunselor telah merakamkan suara-suara mereka untuk rancangan "Go Go Future"  untuk beberapa buah stesen radio di Negara Brunei Darussalam bagi memberikan maklumat dan teknik-teknik belajar yang berkesan bagi setiap mata pelajaran di Sekolah-Sekolah Rendah dan Menengah.