Sudut Kaunseling

Apakah Bimbingan & Kaunseling

Perkhidmatan PERCUMA dan IKHLAS disediakan untuk menolong AWDA menyelesaikan persoalan-persoalan mengenai :

# PERIBADI DAN EMOSI AWDA
# PERLAKUAN YANG TIDAK SELARAS
# PERKEMBANGAN AKADEMIK
# BELAJAR DENGAN LEBIH BERKESAN
# MERANCANG MASA HADAPAN
# MEMILIH KERJAYA
# MENGHISAP ROKOK
# PENYALAHGUNAAN DADAH & INHALEN
# DAN LAIN-LAIN LAGI

Bagaimana Bimbingan Dijalankan

Pertemuan AWDA dengan GURU PEMBIMBING akan diadakan dalam sebuah BILIK KHAS yang selesa, jauh dari gangguan dan TIDAK DIDENGAR oleh orang lain•
Segala PERBINCANGAN dan MAKLUMAT yang awda berikan menjadi RAHSIA•
AWDA dan GURU PEMBIMBING awda sahaja yang MENGETAHUINYA


BAGAIMANA PERKHIDMATAN INI DIJALANKAN?

Perkhidmatan ini dijalankan melalui:

KAUNSELING INDIVIDU
 (pertemuan AWDA dengan kaunselor/ Guru Bimbingan)

KAUNSELING KELOMPOK
 (pertemuan AWDA dan rakan-rakan dengan kaunselor/Guru Bimbingan)

BAGAIMANAKAH CARA ANDA MENDAPAT PERKHIDMATAN INI?

Datang seorang atau dengan rakan anda berjumpa Guru Bimbingan.


SIAPA GURU BIMBINGAN AWDA?

CIKGU KAMARIAH


- Sedia mendengar semua persoalan AWDA
- Menerima AWDA tanpa syarat
- Merahsiakan apa yang AWDA katakan
- Menghormati diri AWDA sebagai seorang individu

SETIAP PERMULAAN BERMULA DARIPADA LANGKAH YANG PERTAMA.
MENEMUI KAUNSELOR/GURU BIMBINGAN ADALAH LANGKAH YANG BIJAK




Apa itu kaunseling?

Kaunseling bukan bererti nasihat, walaupun terdapat nasihat yang diberikan. Malah kaunselor tidak memberi jawapan secara langsung kepada semua persoalan klien,kerana apa yang baik untuk kaunselor tidak semestinya baik juga untuk klien .

Keistimewaan khidmat kaunseling ialah ia membimbing klien mencari sumber dirinya yang menyumbang kepada isu yang dihadapi. Penerimaan dan perakuan sumber diri adalah penting dalam menghasilkan perubahan diri.

Oleh kerana kaunseling bukan nasihat, hubungan kaunseling adalah berbentuk dua hala. Kaunselor cuba memahami dengan mendengar dan memberikan layanan serta interaksi yang baik, manakala klien memberihalkan masalah mereka dan cuba memahami dan mengambil tindakan menguruskan masalah tadi. Proses aksi dan reaksi di antara klien dan kaunselor turut membantu klien mengenali diri dan persoalan yang dihadapinya.

kaunseling menggerakkan klien memahami diri dari segi kelemahan yang menghasilkan masalah dalam hidup dan bagaimana klien terdedah kepada
permasalahannya. Oleh itu fokus mencapai matlamat yang mereka tentukan sendiri melalui pemilihan-pemilihan yang bermakna, dan melalui penyelesaian masalah yang berbentuk emosional atau antara individu.

Krumboltz (George & Kristianni, 1990), pula mengatakan kaunseling merangkumi aktiviti-aktiviti yang beretika yang dilakukan oleh kaunseling dalam usaha membantu klien melibatkan diri dengan jenis-jenis tingkahlaku yang akan menghasilkan penyelesian kepada masalah klien.

Sebagai rumusan, kaunseling adalah proses pertolongan yang profesional yang bertujuan membantu individu memahami dirinya dan alam sekelilingnya.

PERHUBUNGAN KAUNSELING DAN PERSONALITI KAUNSELOR

Perhubungan kaunseling tidak dapat dipisahkan daripada ciri-ciri personaliti kaunselor, iaitu mesra, jujur, menerima tanpa syarat dan berempati. Perbincangan adalah pada diri klien dan peranannya dalam permasalahannya, bukan masalahnya. kaunseling merupakan satu proses pembelajaran semula. Pembelajaran semula berlaku melalui perkongsian cerita atau penglahiran perasaan, mendapat pengetahuan atau maklumat batu hasil daripada interaksi bersama kaunselor, mendapat kemahiran batu melalui contoh atau model daripada kaunselor dan melalui main peranan.

Definisi kaunseling

Menurut Blocher (shertzer & Stone, 1974), kaunseling adalah proses interaksi yang menggerakkan pemahaman yang bermakna terhadap diri dan persekitaran dan menghasilkan pembentukan dan/atau penjelasan matlamat dan nilai untuk tingkah laku masa depan.

Burk dan Steffire (George & Cristiani,1990), mendefinisikannya: Kaunseling melambangkan satu perhubungan yang profesional di antara seorang kaunselor yang terlatih dengan seorang klien. Perhubungan ini kadangkala melibatkan lebih daripada dua individu. Ianya bertujuan membantu klien memahami dan menjelaskan pandangan mereka terhadap kehidupan, dan belajar manusia yang bermaruah dan unik walaupun
klien datang dengan cerita yang berbagai-bagai. Kaunselor perlu berpandangan terbuka. Dia perlu mengelakkan diri daripada pandangan yang negatif atau serong terhadap klien.

Berempati

Ini merujuk kepada kebolehan kaunselor untuk memasuki ruang rujuk atau dunia klien dan membenarkan dirinya mengalami proses mental dan emosi yang dialami oleh klien sambil memahmi dan menghayati pengertian daripada proses ini.

Dipetik daripada buku kaunseling Individu: Apa dan Bagaimana
oleh Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim & Halimatun Halaliah Mokhtar
(Penerbit fajar Bakti Sdn.Bhd., Shah Alam)