Sunday 16 May 2010

MUKADDIMAH (PENGENALAN)

Unit Bimbingan dan Kaunseling merupakan salah sebuah unit yang telah lama dilaksanakan di Sekolah Rendah Pantai Berakas. Ianya semakin berkembang dari masa ke semasa mengikut arus perubahan masa dengan sokongan padu dari pentadbir sekolah dan guru-guru yang sentiasa memberikan kerjasama mereka di dalam menjayakan program-program yang dirancang dan yang akan dilaksanakan. Dengan bantuan dan sokongan yang padu dari Bahagian Kaunseling Dan Kerjaya dari Jabatan Sekolah-Sekolah yang sentiasa memberikan galakan , semangat dan motivasi kepada guru-guru bimbingan di sekolah-sekolah rendah khususnya ianya memudahkan lagi untuk guru-guru bimbingan melaksanakan tugas mereka dengan yakin dan efektif.

No comments:

Post a Comment