Saturday 5 June 2010

CERAMAH MOTIVASI PERSEDIAAN UNTUK PSR MURID-MURID TAHUN 6



Guru Bimbingan menerangkan kepada murid-murid tahun 6 tentang cara-cara untuk mengisi borang ujian inventori.

Cikgu Dk.Masdinah mengedarkan borang-borang inventori kepada murid-murid tahun 6.







Murid-murid tekun mengisikan borang ujian inventori.







Borang ujian Inventori persediaan menghadapi peperiksaan.






Guru Bimbingan membantu menerangkan kepada murid-murid yang kurang faham dengan soalan-soalan di dalam borang ujian inventori.




Guru bimbingan meminta murid-murid yang sudah selesai menjumlahkan markah dapatan mereka untuk meletakkan borang-borang mereka ke dalam kotak mengikut markah yang telah diperolehi.

Murid-murid tahun 6 meletakkan borang ujian inventori masing-masing ke dalam kotak yang telah disediakan mengikut markah masing-masing.



Guru bimbingan menerangkan tahap persediaan murid-murid mengikut hasil dapatan markah masing-masing.

Guru bimbingan sekaligus menerangkan teknik belajar yang berkesan kepada murid-murid tahun 6.

Cikgu Dk.Masdinah (Dari Kiri) dan Cikgu Hjh.Maimunah (Dari Kanan)- Guru-guru tahun 6.


Murid-murid mendengar dengan penuh perhatian



Pada 22hb Mei 2010, Unit Bimbingan Dan Kaunseling, Sekolah Rendah Pantai Berakas telah mengadakan satu sesi ceramah motivasi "Persediaan Untuk PSR" bagi murid-murid tahun 6. Di dalam sesi ini, guru bimbingan telah mengongsikan tentang teknik belajar yang berkesan sekaligus melaksanakan satu ujian inventori bagi murid-murid tahun 6. Tujuan ujian inventori ini ialah untuk mengetahui setakat mana persediaan murid-murid tahun 6 bagi menghadapi peperiksaan PSR yang akan menjelang tiba.

No comments:

Post a Comment